DIABETES KETIKA HAMIL DAN CARA SHAKLEE MENGATASINYA

Baru-baru ini saya ke klinik untuk menjalani ujian kencing manis dengan minum air gula di klinik. Owh ye, untuk pengetahuan anda saya sedang hamil anak kedua yang baru berusia 18 minggu.. :) Memandangkan saya ada history mengidap kencing manis ketika mengandungkan anak pertama, saya diminta untuk minum air gula.

Malam sebelumnya saya berpuasa selepas 10 malam dan diambil darah pertama pada jam 8 pagi. Selepas minum air gula saya kena tunggu pula 2 jam berikutnya untuk diambil darah kali kedua pada pukul 10 pagi. Lewat petang tu nurse dari klinik menghubungi saya untuk pemeriksaan BSP (Blood Sugar Profile) pada hari berikutnya memandangkan keputusan air gula saya agak tinggi 7.9mmol....


Diabetes Gestasi

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetes gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetes) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini. 

Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan. 

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetes gestasi. 

Diabetes gestasi biasanya akan hilang selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup. 


Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis ketika hamil?

Ujian yang disarankan untuk diagnosis diabetes gestasi adalah Modified Glucose Tolerance Test (MGTT)Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat kencing manis, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan. 

Doktor anda akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin anda, ini mungkin tanda kencing manis.


Selalunya, kencing manis tidak menunjukkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:

·   Keletihan
·   Dahaga yang terlampau
·   Membuang air kecil dengan banyak
·   Penglihatan kabur.

Jika anda mempunyai sebarang simptom-simptom di atas, berbincanglah dengan doktor anda. 


Apakah kesan kencing manis pada kehamilan?

Ia bergantung kepada bagaimana anda menjaga diri anda. Jika anda dapat mengawal diabetes anda dengan baik, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk anda dan bayi anda. 

Jika kencing manis tidak dikawal sebelum dan semasa mengandung, masalah-masalah seperti berikut mungkin berlaku:
·  Risiko bayi besar, dimana akan membuatkan proses kelahiran menjadi lebih sukar dan pembedahan caesarean perlu dilakukan.
·   Kelahiran Pra-matang
·   Keguguran di awal kehamilan atau kematian bayi sebelum kelahiran.
·   Masalah kesihatan pada bayi selepas lahir – gula dalam darah yang rendah, risiko jaundis. Dan cenderung kepada obesiti.


Siapakah yang berisiko untuk mempunyai kencing manis?

Anda mungkin berisiko tinggi untuk mempunyai diabetes sekiranya: 


·   Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30
·   Mempunyai sejarah melahirkan bayi yang besar  dengan berat sebanyak 4kg atau lebih
·   Mempunyai sejarah kencing manis
·   Keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis)

Bagaimana diabetes gestasi dirawat?
Kencing manis boleh dirawat dengan:
·   Mengubah cara pemakanan – diet yang seimbang
·   Melakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari
·   Mengawal tahap gula dalam darah dengan menggunakan alat khas
·   Melakukan ultrasound untuk memeriksa kadar tumbesaran bayi dan jumlah air ketuban
·  Sekiranya kencing manis anda terlalu serius, suntikan insulin mungkin diperlukan untuk mengawal paras gula dalam badan

Bagaimana Shaklee boleh membantu mengatasi Kencing Manis?

Memandangkan saya mempunyai sejarah kencing manis semasa kehamilan pertama, dan mungkin berisiko untuk mendapat masalah yang sama bagi kehamilan kedua, saya telah mengambil langkah untuk mencegah daripada ianya menjadi lebih serius.


Dulu masa kehamilan pertama saya belum mengenali Shaklee, Alhamdulillah kali ini saya tak perlu risau lagi dengan pengambilan kombinasi suplemen-suplemen berikut! :)


Harga:-
1) Vita-Lea: RM88.75 (120 biji)
2) B-Complex: RM53.75 (120 biji)
3) Ostematrix: RM61.00 (120biji)
4) ESP: RM150 (850g)

Jom dapatkan sekarang!!!


PERTANYAAN & TEMPAHAN:
========================
Mai
SMS/Whatsapp: 019 3364122
Email: mythegreat87@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping here... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...