PANDUAN DAN TIPS BERPUASA DENGAN SUPLEMEN SHAKLEE

Assalam readers…  Memandangkan berbaki 2 hari sahaja lagi kita umat Islam nak menyambut puasa Ramadhan, ramai pula yang bertanyakan saya cara pengambilan suplemen Shaklee ketika berpuasa. Berpuasa tak bermakna kita puasa juga makan suplemen ye hehe.. So harini saya nak berkongsi beberapa cadangan jadual pengambilan suplemen Shaklee yang sedap dan menyegarkan anda sepanjang Ramadhan. InsyaAllah… J

Sahur :
1 sudu ESP + 1 sudu MealShake + 3 sudu PD

Sebelum Solat Tarawih :
1 sachet Cinch Tea + 3 sudu Performance Drink

Sebelum tidur :
4 biji Ostematrix

Kalau anda nak kurus, lepas berbuka ambil Lecithin & Alfalfa

Kalau anda nak cantik, sebelum tidur ambil Vitamin E

Atau, boleh juga ikut jadual ini:
  1. Yang biasa ambil pagi/ selepas breakfast  - ambil selepas berbuka
  2. Yang biasa ambil tengah hari/ selepas lunch- ambil selepas Terawikh (moreh)
  3. Yang biasa ambil malam/ selepas dinner - ambil semasa sahur

Tips berpuasa untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi:

Sahur:
·         Makan makanan berkhasiat
·         Minum air secukupnya
·         Makan buah kurma
·         Ambil ESP + Mealshake + Performance Drink + 1 biji B-Complex & 2 biji Alfalfa

Berbuka Puasa:
·         Makan makanan seimbang
·        Minum air longan, halba, atau apa-apa air yang boleh meningkatkan penghasilan susu (pastikan bukan ais!)
·         Ambil 1 biji Vitalea dan 2 biji Alfalfa

Sebelum Tidur
·         Ambil ESP + Mealshake + Performance Drink
·         Amalkan surah Al-Hujurat (tambah susu) dan Al-Waqiah (murah rezeki)

Perahan susu (ebm)
·         Lakukan perahan waktu sahur, waktu rehat di pejabat, dan jika perlu lebihkan perahan waktu lewat malam
·         Mind setting:Kawal emosi, yakin boleh, elak daripada stress dan dapatkan sokongan

Dan yang paling PENTING, jangan abaikan pengambilan air masak sebanyak 3L sehari. Pastikan ambil secukupnya lagi-lagi untuk ibu hamil dan menyusu dan bagi mereka yang sentiasa bekerja ditempat panas. Sila ambil air masak secukupnya daripada waktu berbuka hingga ke sahur. Bagaimana? Sediakan bekas air masak berukuran 1.5L (cth: bekas Tupperware) dan pastikan ianya sentiasa bersama anda, minum setiap 15minit atau setengah jam seanjang sebelum anda tidur, ketika tidur, letak di hujung katil tempat anda tidur. Bila terjaga sila minum air tersebut. Pastikan air masak tersebut habis sehingga 3L sehingga waktu sahur. Jangan plak anda terus minum satu botol ketika berbuka dan bersahur ye..mmg muntah lah jawabnye hehe.

Diharap cadangan di atas dapat membantu anda yang berpuasa Ramadhan dengan tenang, cergas dan bertenaga. Apapun suplemen adalah usaha kita sahaja...hanya ALLAH taala sahaja yang mengizinkan sesuatu itu berlaku. Doa & Tawakkal pun kita tak boleh tinggal, semoga Allah permudahkan niat baik kita, InsyaAllah....


Selamat Berpuasa!!! :)

ONLINE ORDER: Click Sini >>>> ORDER MIGHTY TRIPPLE GEM


PERTANYAAN & TEMPAHAN:
========================
Mai
SMS/Whatsapp: 019 3364122

Email: mythegreat87@yahoo.com

Suplemen Ketika Berpuasa

Alhamdulillah... kurang seminggu sahaja lagi kita akan menyambut Ramadhan. Bagaimana? Dah bersedia? Hehe.

Bagi anda yang rasa gusar untuk menyambut Ramadhan.. bimbang tak tahan lapar hingga ke petang.. bimbang lesu tak bermaya nak bekerja… bimbang gastrik sebab tak makan disiang hari.. bimbang susu badan merosot kerana berpuasa.. sukacita saya nak perkenalkan suplemen untuk jadi teman setia sahur dan berbuka anda…


Shaklee Mighty Tripple Gem

1) ESP (KURANG RASA LAPAR) 
membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian kita. 
Mengatasi masalah GASTRIK 
MILK BOOSTER! Mengurangkan masalah susu merundum 
Kulit lebih anjal, tegang dan berseri 

2) Performance Drink (KURANG RASA HAUS) 
Mengekalkan kandungan air di dalam badan 
Mengandungi imbangan elektrolit untuk MENCEGAH HIDRASI 
Membekal 3 jenis karbohidrat untuk tenaga 

3) Meal Shakes (KURANG RASA LETIH) 
Multivitamin! Mengandungi 19 vitamin/galian, serat dan protien 
Mengenyangkan dan memberi tenag 
Elakkan sembelit 
Menyebabkan kulit wajah tampak berseri-seri kesan daripada nutrisi lengkap. 

Untuk anda yang kekurangan budget boleh juga dapatkan kombinasi sama ada Performance Drink bersama ESP ataupun Performance Drink bersama Mealshake. 

Jadi tunggu apa lagi? Jom persiapkan diri kita untuk menyempurnakan Ibadah puasa. InsyaAllah dengan set Ramadhan ini Ibadah puasa kita akan dipermudahkan… =)


PERTANYAAN & TEMPAHAN:
========================
Mai
SMS/Whatsapp: 019 3364122
Email: mythegreat87@yahoo.com

SET HAMIL SHAKLEE KOMBINASI TERBAIK UNTUK KESIHATAN IBU DAN BAYI


Perlukah seseorang ibu yang hamil mengambil suplemen sepanjang kehamilannya? Once disahkan positif hamil, bakal ibu tersebut pasti mencari sumber dan rujukan terbaik untuk bayi yang bakal dilahirkan. Salah satu persoalannya adalah sejauh  mana vitamin/suplemen diperlukan untuk kehamilan.

Diet yang betul dan seimbang adalah cara terbaik untuk mendapatkan nutrien yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Namun, berapa ramai bakal ibu yang boleh ikut dengan betul cara pemakanan seimbang tersebut? Betul tak? Contoh terdekat, diri saya sendiri. Bab makan memang susah sangat nak control… sebab tu lah berat naik mendadak walaupun baru 5 bulan hehe.

Suplemen ketika hamil memberi nutrien kepada badan anda untuk mengekalkan kesihatan. Anda boleh mendapatkan nutrien-nutrien ini melalui makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, susu, daging, ikan dan sebagainya. Namun ia mungkin sukar bagi sesetengah ibu hamil untuk mendapat vitamin dan mineral yang mencukupi dalam pemakanan harian. Oleh itu,suplemen untuk ibu hamil dirumuskan khas dimana ianya mengandungi pelbagai vitamin dan mineral, asid folik, zat besi, kalsium dan DHA yang amat penting untuk keperluan harian.

Apakah Suplemen yang penting untuk Ibu Hamil?

Asid Folik
  • Membantu mencegah kelahiran kecacatan otak dan saraf tunjang. 
  • Melindungi ibu hamil daripada kanser dan strok
  • Ibu hamil memerlukan sekurang-kurangnya 600mg setiap hari
Besi (Iron)
  • Membantu perkembangan otot-otot kepada ibu dan bayi
  • Membantu mencegah anemia (HB low)
  • Mengurangkan risiko kelahiran pramatang
Kalsium
  • Membantu ibu  dan bayi mengekalkan tulang & gigi yang kuat dan sihat
  • Membantu sistem saraf, otot dan mengekalkan sistem peredaran darah yang sihat
DHA
  • Juga dikenali sebagai Asid Omega-3 Lemak
  • Membantu menyokong perkembangan saraf otak dan mata bayi
  • Ibu hamil memerlukan sekurang-kurangnya 200mg DHA setiap hari
SET HAMIL Shaklee pilihan Tepat & Selamat

Set Hamil Shaklee melengkapi keperluan nutrien harian untuk ibu hamil. Ianya dijamin selamat kerana sifatnya yang semulajadi. Tahukah anda kebanyakan pil kehamilan yang dihasilkan adalah bersifat sintetik dan mengambil masa yang lama untuk hancur dan diserap oleh tubuh badan?

Jom perhatikan eksperimen di bawah:

Eksperimen ini menunjukkan perbezaan Vita-lea Shaklee dan Obimin.

Sedikit Info berkenaan Vita-Lea & Obimin

Vita-Lea:Dikatakan "Killier Product of Shaklee' kerana ianya adalah multivitamin beserta iron yang sangat penting untuk pembentukan darah dan sel. Ia seumpama, 2 biji vitalea bersamaan 40 jenis hidangan lauk. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral sebagaimana disarankan oleh RDA.

Obimin: Merupakan multivitamin yang mengandungi Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B12, Vitamin C, Vitamin D, Folic Asid, Kalsium, Copper, Iodine. Obimin merupakan vitamin sintetik iaitu vitamin yang dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang ada ciri-ciri hampir sama dgn yg terdapat dalam vitamin. Formulanya sama tetapi bukan semulajadi
 Seterusnya, perhatikan eksperimen:


Selepas 4minit, kita boleh lihat perbezaan di mana:
Vitalea - Tablet hancur, B complex mula dilepaskan (warna kuning)
Obimin - Tablet kekal, warna air menjadi pink.


Selepas 4 jam, obimin masih belum hancur, berketul-ketul dan keras seperti batu!


Ini dalam keadaan asas, hanya menggunakan air biasa. Bayangkan dalam perut kita terdapat pelbagai makanan dan cecair yang mungkin melambatkan proses penyerapan. Bagaimana agaknya keadaan obimin tersebut? Adakah kekal sebagai batu? >_<

jadi, inilah perbezaan antara obimin yang sintetik dan Vita-Lea yang semulajadi.. :)

Dapatkan Set Hamil Shaklee dan rasakan Kebaikannya!


1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)
  • Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral.
  • Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.
2) Sustained Release Vita-C
  • Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik.
  • Membantu Penyerapan iron – kalau tak cukup Vitamin C, makanlah Iron sekapal pun takkan diserap badan
3) B-Complex
  • Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik.
4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)
  • Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.
  • Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.
  • Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
  • Memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya.
  • Membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.
5) Ostematrix (Calcium & Magnesium)

  • Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium.
  • Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh.
  • Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
  • Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
  • Membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.
6) OmegaGuard (EPA & DHA)
  • DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak.
  • DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.
  • Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.
  • Pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.
kesemua suplemen di atas adalah disarankan diambil oleh ibu hamil sepanjang kehamilan dan amat digalakkan untuk diteruskan sehingga tempoh bersalin bersama-sama Zinc Complex dan Alfalfa Complex sebagai pelengkap Set Bersalin Shaklee.


Pengambilan nutrisi yang lengkap dan berkhasiat sepanjang kehamilan adalah kunci utama kepada :

  1. Perkembangan otak dan minda bayi yang sempurna
  2. Perkembangan bayi yang sihat
  3. Pencegahan bayi dari mendapat jaundice.
Apa Kata Mereka?






Harga Set Hamil Shaklee

Harga Set Mengandung Shaklee adalah berdasarkan pakej yang anda pilih.


Set Mengandung Basic: 
Vitalea + Vitamin C + BComplex + Ostematrix 
= RM296 untuk 4 bulan (bersamaan RM74 sebulan sahaja)

Full Package:
Vitalea + Vitamin C + BComplex + Ostematrix + Omega + ESP 
= RM582

Hubungi saya untuk Harga Istimewa! (t&c applied)

PERTANYAAN & TEMPAHAN:
========================
Mai
SMS/Whatsapp: 019 3364122
Email: mythegreat87@yahoo.com

VITAMIN E SHAKLEE PARUT HILANG KULIT CANTIK BERSERI

Assalamualaikum si cantik manis… J

Bila bercakap soal ‘Cantik’… Semua orang mengimpikan wajah yang cantik kan? Terutamanya tentulah kaum Hawa. Bila nampak kawan-kawan kulit cantik, halus mulus ahh cemburunya rasa. Bila nampak pelakon/penyanyi kulit gebu  fuhhh ‘kenapala aku takde kulit macam dia’… hehe… Semua wanita yang mempunyai kulit wajah yang kurang menyerlah mesti suka merendah diri macam ni kan?

Jangan begitu… Semua manusia yang Allah jadikan kat muka bumi ni semuanya cantik-cantik belaka tiada cacat celanya.. Tinggal kita je nak pandai jaga… J

Nah, saya nak bagi anda rahsia kulit cantik dan sihat dari luar dan dalam. Apalagi kalau bukan daripada SHAKLEE, pengeluar suplemen semulajadi yang dijamin halal dan berkesan.. J



Untuk cantik, Vitamin E Shaklee adalah antara produk yang terkenal. Boleh dikatakan semua cadangan set kecantikan daripada Shaklee tidak lengkap tanpa kehadiran Vitamin E.. Ramai pengguna tegar Vitamin E Shaklee telah pun membuktikan keberkesannya so tak hairanlah Vitamin E ni antara yang terlajak laris… J

Jom kita tengok antara manfaat utama Vitamin E Shaklee:


Melindungi jantung:  Pengambilan harian sebanyak 800IU vitamin E untuk jantung yg sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan koletorol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalan platlet darah melekat ke dinding artei, menghalang anemia hemolitik etc etc.
Mempertingkatkan kemampuan Reproduktif: Kajian pada tahun 1924 mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yg mengambil 600IU-800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

Anti Penuaan: 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya membantu memulihkan tekstur kulit dan tona muka, dada dan otot paha.

Anti oksidan yg kuat: Pengambilan lebih dari 1200IU sehari untuk anti oksidan yg kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan system imun, menghalang atau melambatkan proses pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakam akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi-katarak dan masalah penglihatan.

Kelestarian tenaga: Meningkatkan kelestarian tenaga seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yg lebih.

Memperbaiki arthritis: Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos dan sakit sendi.

Menghalang keguguran: Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom pra haid dan sindrom menopaus seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin dan keguguran.

Memperbaiki parut: Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.

Pakar nutrisi mencadangkan pengambilan ACE (Beta karotena, Vitamin C dan E) bersama-sama untuk menggandakan kesan anti oksidasi dalam melawan radikal bebas.

Pernah tak kita terfikir, cukup ke vitamin E yg kita ambil setiap hari?

Tahukah kita untuk 400IU Vitamin E, seseorang perlu mengambil makanan berikut untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas:


1 kg gandum;
500ml minyak sunflower;
8kg bayam;
500g badam.

So, tunggu apa lagi? Jom cantik sebelum Hari Raya!

Nak lagi cantik, gabungkan dengan Vitamin C Shaklee. Nak double triple cantik lagi, gabungkan sekali dengan ESP atau lebih hebat tambah Collagen Powder Shaklee. Memang berbaloi-baloi untuk hasil yang optimum dan berterusan.

Harga sebotol:  RM149
Saiz: 120 Capsul (tahan 4 bulan)

PERTANYAAN & TEMPAHAN:
========================
Mai
SMS/Whatsapp: 019 3364122
Email: mythegreat87@yahoo.com



PERBEZAAN UBAT DAN SUPLEMEN


“Buat apa makan suplemen-suplemen ni, ubat klinik kan ada. Dah cukup…”
“Buat apa makan suplemen, saya tak sakit”
“Tak payah la bazir duit beli suplemen, ubat klinik pun sama je lagi cepat baik”
“Ala mana-mana ubat ke suplemen ke sama je.. diorang yang jual suplemen ni semua nak kaut untung je lebih”

Inilah antara pandangan2 mereka yang masih kurang ilmu tentang suplemen dan yang tidak mementingkan penjagaan kesihatan.. 


Nah, jom kita belajar apa beza Ubat & Suplemen?

UBAT
✘Ganjil dengan tubuh badan – tidak menyumbang bahan2 berkhasiat
✘Merupakan ejen-ejen bahan kimia yang kuat 
✘Mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakan boleh kekal dalam badan
✘Bertindak baik hanya secara berasingan
✘Berkemungkinan membawa maut
✘Bertindak cepat dan menakjubkan
✘Merawat kesan atau tanda-tanda sakit tetapi bukannya merawat punca sakit
✘Ubat perlu diberi pengawasan yang teliti bagi menghalang kelebihan sukatan yang merbahaya ke arah tindakan sampingan
✘Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mereka mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda
✘Ubat sebenarnya boleh menghasilkan penyakit

SUPLEMEN
✔Semulajadi dan penting kepada tubuh badan
✔Membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim
✔Tidak menimbulkan kesan sampingan. Healing crisis adalah proses penyembuhan dan bersifat sementara.
✔Bertindak lebih baik
✔Baik diambil bersama makanan
✔Sentiasa SELAMAT
✔Tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang
✔Bertindak secara beransur-ansur (perlahan-lahan) dalam jangkamasa yang panjang. Ia kebiasaanya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan dan kejayaannya
✔Bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit 
✔Tidak memerlukan pengawasan yang rapi sebagaimana pengambilan ubat-ubatan
✔Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan supplemen oleh kerana faktor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman (pencernaan) yang lemah
✔Menguatkan sel-sel daripada serangan kuman bakteria, virus dan lain-lain
✔Melambatkan proses kemunduruan (kelemahan organ berfungsi dengan baik) di dalam badan

KESIMPULANNYA,

✰Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja tapi Suplemen boleh diambil bila-bila masa cuma yang paling penting minum air banyak semasa pengambilan suplemen. 

✰Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat tapi Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit

Saranan saya, bertukarlah kepada sumber yang lebih asli. Pilihlah yang SEMULAJADI dan selamat. Duit boleh dicari tapi KESIHATAN sukar ditukar ganti. 

Pilihan di tangan anda!


PERTANYAAN & TEMPAHAN:
========================
Mai
SMS/Whatsapp: 019 3364122
Email: mythegreat87@yahoo.com

DIABETES KETIKA HAMIL DAN CARA SHAKLEE MENGATASINYA

Baru-baru ini saya ke klinik untuk menjalani ujian kencing manis dengan minum air gula di klinik. Owh ye, untuk pengetahuan anda saya sedang hamil anak kedua yang baru berusia 18 minggu.. :) Memandangkan saya ada history mengidap kencing manis ketika mengandungkan anak pertama, saya diminta untuk minum air gula.

Malam sebelumnya saya berpuasa selepas 10 malam dan diambil darah pertama pada jam 8 pagi. Selepas minum air gula saya kena tunggu pula 2 jam berikutnya untuk diambil darah kali kedua pada pukul 10 pagi. Lewat petang tu nurse dari klinik menghubungi saya untuk pemeriksaan BSP (Blood Sugar Profile) pada hari berikutnya memandangkan keputusan air gula saya agak tinggi 7.9mmol....


Diabetes Gestasi

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetes gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetes) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini. 

Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan. 

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetes gestasi. 

Diabetes gestasi biasanya akan hilang selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup. 


Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis ketika hamil?

Ujian yang disarankan untuk diagnosis diabetes gestasi adalah Modified Glucose Tolerance Test (MGTT)Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat kencing manis, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan. 

Doktor anda akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin anda, ini mungkin tanda kencing manis.


Selalunya, kencing manis tidak menunjukkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:

·   Keletihan
·   Dahaga yang terlampau
·   Membuang air kecil dengan banyak
·   Penglihatan kabur.

Jika anda mempunyai sebarang simptom-simptom di atas, berbincanglah dengan doktor anda. 


Apakah kesan kencing manis pada kehamilan?

Ia bergantung kepada bagaimana anda menjaga diri anda. Jika anda dapat mengawal diabetes anda dengan baik, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk anda dan bayi anda. 

Jika kencing manis tidak dikawal sebelum dan semasa mengandung, masalah-masalah seperti berikut mungkin berlaku:
·  Risiko bayi besar, dimana akan membuatkan proses kelahiran menjadi lebih sukar dan pembedahan caesarean perlu dilakukan.
·   Kelahiran Pra-matang
·   Keguguran di awal kehamilan atau kematian bayi sebelum kelahiran.
·   Masalah kesihatan pada bayi selepas lahir – gula dalam darah yang rendah, risiko jaundis. Dan cenderung kepada obesiti.


Siapakah yang berisiko untuk mempunyai kencing manis?

Anda mungkin berisiko tinggi untuk mempunyai diabetes sekiranya: 


·   Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30
·   Mempunyai sejarah melahirkan bayi yang besar  dengan berat sebanyak 4kg atau lebih
·   Mempunyai sejarah kencing manis
·   Keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis)

Bagaimana diabetes gestasi dirawat?
Kencing manis boleh dirawat dengan:
·   Mengubah cara pemakanan – diet yang seimbang
·   Melakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari
·   Mengawal tahap gula dalam darah dengan menggunakan alat khas
·   Melakukan ultrasound untuk memeriksa kadar tumbesaran bayi dan jumlah air ketuban
·  Sekiranya kencing manis anda terlalu serius, suntikan insulin mungkin diperlukan untuk mengawal paras gula dalam badan

Bagaimana Shaklee boleh membantu mengatasi Kencing Manis?

Memandangkan saya mempunyai sejarah kencing manis semasa kehamilan pertama, dan mungkin berisiko untuk mendapat masalah yang sama bagi kehamilan kedua, saya telah mengambil langkah untuk mencegah daripada ianya menjadi lebih serius.


Dulu masa kehamilan pertama saya belum mengenali Shaklee, Alhamdulillah kali ini saya tak perlu risau lagi dengan pengambilan kombinasi suplemen-suplemen berikut! :)


Harga:-
1) Vita-Lea: RM88.75 (120 biji)
2) B-Complex: RM53.75 (120 biji)
3) Ostematrix: RM61.00 (120biji)
4) ESP: RM150 (850g)

Jom dapatkan sekarang!!!


PERTANYAAN & TEMPAHAN:
========================
Mai
SMS/Whatsapp: 019 3364122
Email: mythegreat87@yahoo.com

Promo Jun 2014 - Vitamin E Shaklee

Assalamualaikum readers... :)

Maaf, baru berkesempatan nak update pasal Promo Buy6Free1 untuk bulan Jun. Wah! nampaknya bulan ini bulan cinta!! Kenapa bulan cinta? Sebab bulan Jun adalah bulan Promo Buy 6 Free 1 untuk Vita-E Complex Shaklee! Vitamin E Shaklee juga dikenali sebagai vitamin cinta! hehe


Tahukah anda?

400 UI Vitamin E adalah bersamaan 1 kg  benih gandum + 500ml minyak safflower + 8kg bayam dan 500g badam!

Haaaa.. boleh ke telan benih gandum, minyak safflower, bayam dan badam hari-hari untuk mendapat keperluan Vitamin E harian secukupnya? Mustahil bukan?

Jadi, Vita-E Complex adalah penyelesaianya!!

Apa yang membuatkan Vita-E Complex Shaklee berbeza?
Ia dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan Vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis Vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap dipasaran.
Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara mebran sel, sel darah merah dan tisu tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti oksidan dan melindungi retina. 

Antara Kelebihan Vitamin E Shaklee
Memang banyak khasiat dan manfaat Vitamin E Shaklee ini. Jom kongsi dengan keluarga, rakan-rakan-rakan dan dapatkan kelebihan membeli Promo Buy 6 free 1!
  • Beli 6 Percuma 1 (Anda jimat RM149)
  • Beli 6 Percuma 1 (Anda layak dapat FREE MEMBERSHIP SHAKLEE, Jimat RM65)
  • Beli 6 Percuma 1 (Anda layak menerima Cash Rebate berjumlah RM30+)
  • Secara keseluruhannya anda jimat RM2++!!!

Giler tak nak????

Jom dapatkan sekarang!!!

Harga Sebotol: RM149 (120 biji, tahan 4 bulan)
Harga Promo: RM894 (Percuma 1 Botol)

PERTANYAAN & TEMPAHAN:
========================
Mai
SMS/Whatsapp: 019 3364122
Email: mythegreat87@yahoo.com




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...