MERAWAT DENGGI DENGAN SHAKLEE

Demam Denggi bukan perkara asing berlaku di Malaysia. Hampir saban hari kita mendengar kes-kes denggi menyerang tak kira dewasa atau kanak-kanak. Tahukah anda, sepanjang tahun 2013, kes denggi yang dilaporkan di seluruh negara telah meningkat sebanyak 98% berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak 43,346 kes dilaporkan berbanding 21,900 kes pada tahun 2012. Begitu juga dengan kes kematian denggi, meningkat sebanyak 163% iaitu dengan 92 kematian berbanding 35 kematian tahun 2012. Dengan situasi denggi sebegini, bukan sahaja pihak berwajib perlu mengambil inisiatif baru bagi menangani masalah denggi, malah diri kita sendiri juga perlu mengambil langkah-langkah untuk mencegahnya.

Kita sedia maklum, tiada ubat untuk menyembuhkan denggi kecuali dengan mengawal simptom-simptom denggi. Begitulah yang dilakukan oleh pihak hospital apabila menerima pesakit denggi. Mereka akan mengambil langkah-langkah untuk mengawal daripada denggi terus merebak sehinggalah pesakit bersih daripada denggi.
Simptom Denggi
Kebiasaannya, kita seringkali dengar petua-petua untuk mencegah atau meredakan demam denggi antaranya adalah seperti minum sup ketam, minum minuman 100 plus, minum air daun betik, minum air daun pegaga dan sebagainya.

Selain daripada petua-petua di atas, kita juga boleh berikhtiar menggunakan suplemen tambah. Untuk tujuan ini sudah tentu saya mengesyorkan suplemen Shaklee untuk melawan virus.. :)


Kami sarankan anda untuk mencuba  Nutriferon, Performance Drink dan Vitamin C daripada Shaklee.

Nutriferon adalah terhasil dari 4 estrak tumbuhan iaitu biji labu, bunga safflower, honeysuckle Jepun dan biji Plantago; mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi  interferon tubuh. 
  • Formula yang digunakan adalah semulajadi, selamat, tulen dan berkesan. 
  • Penemuannya adalah diiktiraf sebagai penemuan yang terhebat dalam bidang immunologi.
  • Dalam bidang perubatan, suntikan nutriferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hidrophobia (penyakit anjing gila), herpes, HIV dll.
  • Nutriferon juga sangat berkesan untuk melindungi diri kita dari jangkitan influenza dan pelbagai penyakit yang lain.

KEBAIKAN NUTRIFERON
  • Mengukuhkan sistem imuniti dalam masa 3 hari
  • Melawan kanser & tumor
  • Melindungi dari Influenza
  • Meringankan Stres & kelesuan
  • Melambatkan Penuaan
  • Mengurangkan Infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C
  • Mempertingkatkan Menopaus
  • Mempertingkatkan PMS





  • Performance Drink merupakan minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik. 

  • Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina. 

  • Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.









  • Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
  • Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehydration tu

Apa itu Vit-C Sustained Release Shaklee?

Untuk satu tablet Vitamin C ini, ia mengnadungi 7.5 hidangan sebiji buah oren termasuk kulitnya(500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet Vitamin Shaklee (dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam palsma darah kita selama 24 jam. Selain itu ia juga mengandungi 120mg bioflavonoid yang mana 25% dari dari bioflavanoid diekstrak dari kulit buah oren yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Khasiatnya, ia mampu meningkatkan keberkesanan vitamin C dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Bagaimana ia bertindak?

1) Membentuk Kolagen
Ia merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi,     rangka dan tulang rawan. Oleh itu ia mampu mempertingkatkan kedut dan     menghalang otot dari menjadi lembik.

2) Memperbaiki Simptom Pendarahan
Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3) Peningkatan Sistem Imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, serta membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman. Ia juga mampu membantu mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Apa yang menarik ia turut berfungsi untuk menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom selsema.

4) Memerangi Kanser
Ia bersifat sebagai antioksida yang mampu mempertingkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser serta membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan.

5) Mencantikkan Kulit
Pengambilan Vit-c setiap hari untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Untuk makuman, pigmen adalah penyebab utama kehadiran jeragat pada kulit muka kita ya...

6) Memperbaiki Insomnia
Dengan menganbil Vit-c secara konsisten, ia boleh membantu menyelesaikan masalah insomnia, stress serta masalah-masalah berkaitan mental seperti murung dan resah.

7) Mengekalkan Kolestrol yang sihat.
Vit-C ini mampu membantu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengeklakan kapilai darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah serta pendarahan dalam otak dan gusi.

Berminat? PM saya seperti di bawah. Mencegah Lebih baik dari mengubatinya! :)


PERTANYAAN & TEMPAHAN:
========================
Mai (921432)
SMS/Whatsapp: 019 3364122
Email: mythegreat87@yahoo.com

Dapatkan produk Shaklee di mana-mana cawangan Shaklee berhampiran anda menggunakan ID 921432 (Maizatul Akma Abdullah)



SAKIT-SAKIT SELEPAS PENGAMBILAN SUPLEMEN SHAKLEE - KENALI HEALING CRISIS

Assalamualaikum pembaca sekalian, 



Alhamdulillah sejak saya berkongsi kebaikan dan menjual produk Shaklee banyak respon positif yang saya terima.
“Sejak makan vitalea bacaan HB saya tak pernah turun”
“Sejak pengambilan alfalfa, masalah keputihan saya dah takde”

“Period saya teratur sejak ambil GLA, haid keluar dah tak ketul-ketul macam dulu”

“Saya pregnant setelah 5 tahun, hasil pengambilan Shaklee yang dicadangkan!”
“Mata saya dah kurang silau sejak amalkan carotomax”
“Suami mengalami masalah saraf tunjang selepas terlibat dalam kemalangan. Sejak seminggu ambil vivix ni suami dah boleh gerakkan tangan”
Tapi, tak kurang juga ada customer yang mesej kembali kerana mengalami symptom-simptom 'negative',
"Kenapa saya sakit-sakit badan selepas ambil ostematrix?"“Kenapa saya kerap keluar jerawat selepas ambil GLA?”
"Kenapa saya kerap buang air besar sejak makan Alfalfa?"
Bertenang… Sabar…



Tahukah anda bahawa sebenarnya negative symptom yang anda sedang alami adalah Healing Crisis atau Bahasa Melayunya Krisis Penyembuhan?

Apakah Healing Crisis?

Ia berlaku apabila kita mengambil vitamin dari sumber semulajadi yang bertindak mengeluarkan toksin dan merawat kerosakan pada sel dan sistem dalam badan kita. Proses ini membuatkan seseorang itu berasa 'tak sedap badan' dan mungkin demam atau mengalami sakit pinggang atau sakit kepala yang teruk.

Ini adalah tindakbalas biasa bila badan kita bertindak mengeluarkan toksin.


Kenapa ia tidak berlaku bila kita makan ubat (makan ubat biasanya terus sembuh), atau lain-lain vitamin sintetik?


Nah, analoginya seperti di bawah.. 

sumber google
Bayangkan kereta kita mengalami masalah calar atau kemek, dan kita perlu mengecat kembali tempat yang calar itu. Pengambilan ubat seumpama kita sapu cat terus ke atas tempat calar tu. Kereta kita tak nampak calar, tapi ia nampak tak rata sebab kita cuma 'tampal' cat ke atasnya.


Berbeza dengan pengambilan suplemen, ia umpama kita kikis keluar cat yang rosak tu, dan mengecatnya kembali. Semasa proses mengikis cat, kereta kita nampak buruk, bertompok-tompok. Lepas tu selepas dicat baru, kereta kita cantik kembali seperti sebelumnya.



Begitulah tubuh kita apabila bertindakbalas dengan vitamin semulajadi. Untuk 'mencantikkan' sel dan sistem tubuh kita, semua yang tak cantik kena keluar dulu... seperti kereta yang nampak buruk bertompok-tompok, badan kita akan mengalami healing crisis yang mana antara lain mungkin mengalami symptom-simpton seperti berikut:
Reference: Dr. Mary Ruth Swope; World Leading Nutritionist, Researcher & Author.
Jadi, HEALING CRISIS sebenarnya adalah satu petanda yang baik.. ia menunjukkan rawatan ataupun makanan tambahan yang diambil benar-benar berkesan..Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.



Ada sesetengah kita yang akan mengalami simptom-simptom ini seawal sehari dua selepas memulakan pemakanan supplement/vitamin.. ada juga yang mengalaminya selepas 2-3 bulan pengambilan supplement/vitamin.. bergantung..

Pendek kata, anda tak perlu risau sebenarnya jika anda alami salah satu daripada simptom healing crisis seperti di atas selepas mengambil apa-apa supplement daripada SHAKLEE.. kerana semua supplement & vitamin SHAKLEE adalah berasaskan bahan semulajadi & BUKAN DIHASILKAN UNTUK LEBIH MEMUDARATKAN ANDA… :)

Berikut adalah langkah yang boleh anda ambil untuk mengurangkan simptom healing crisis:

  • Minum air yang banyak -- air masak/air kosong
  • Cuba untuk berehat dan bertenang
  • Bersabar 
  • Berdoa agar dipermudahkan 
Insya-Allah, healing crisis tidak berpanjangan. Setelah semua toksin dikeluarkan dari sel-sel tubuh kita, ia akan mula 'memperbaiki'nya. Hasilnya tubuh kita akan terasa lebih sihat, bertenaga, ceria dan cantik! 



Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya.

1. LIKE fanpage Vitamins4healthylife
2. PM saya di fb, Myzatul Akma Abdullah
3. Emel mythegreat87@yahoo.com
4. SMS/ Whatsapp saya di 019-3364122

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

HB Rendah ketika Hamil Dan Cara Mengatasinya





Tahukah anda, di Malaysia, antara masalah yang dihadapi ibu hamil selain masalah diabetes atau tekanan darah tinggi adalah masalah hemoglobin rendah (HB low).


Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 hinga 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 hingga 18.5g/dL. Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen ini semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula.

Simptom awal anemia
  • Sentiasa letih 
  • Pening kepala atau pitam 
  • Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas 
  • Warna kulit bertukar menjadi pucat 
  • Penurunan berat badan 
  • Kadar denyutan jantung yang cepat 
  • Lemah daya ingatan 

Berikut adalah antara punca masalah HB low,
  • Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folat dan ‘erythropoitein’ 
  • Kekurangan hormon : Paras hormon tiriod yang rendah 
  • Gangguan pembentukan sel darah merah seperti talasemia 

Apa pula risiko anemia di kalangan ibu hamil?

  • Peratusan tinggi untuk melahirkan anak pramatang 
  • Pertumbuhan janin yang terencat semasa di dalam kandungan
  • Mungkin mengalami keguguran
  • Anak yang dilahirkan tidak cukup bulan/berat
  • Mengalami tumpah darah ketika bersalin (paling bahaya) - boleh bawa maut
  • Mudah mendapat penyakit lemah jantung
  • Anak mati dalam perut

Tahap bacaan anemia adalah seperti berikut:

  • < 6.9 - SANGAT TERUK
  • 6.9 < 8.0 -TERUK
  • 8.0 < 9.5 - SEDERHANA
  • 9.5 - 10.5 - RINGAN

wahh.. takut tak baca semua kat atas tu hehe. Ini bermakna, jangan ambil mudah sekiranya HB rendah. Sebenarnya, kebanyakan ibu hamil mengalami masalah kekurangan zat besi di mana ianya sangat penting bagi pembentukan HB ini. Kekurangan ini adalah berpunca daripada pengambilan nutrisi harian yang tidak atau kurang mengandungi zat besi.


Apabila berlaku anemia melampau (iron deficiency anemia), rawatan biasanya merangkumi dos terapi 200mg zat besi setiap hari, bergantung kepada kekerapan anemia tersebut. Rawatan yang bersesuaian akan diberikan oleh doktor sekiranya ibu hamil disahkan anemik.

Untuk mencegah kekurangan zat besi (iron deficiency), sekurang-kurangnya 30mg suplemen zat besi (iron supplement as ferrous fumarate) disarankan semasa hamil. Suplemen ini akan diberikan oleh doktor, diperolehi dari pada suplemen harian atau diet harian (sumber makanan semulajadi) kita.

Saya pernah mengalami HB Low ketika hamil Anak Pertama

ye. saya sering mengalami bacaan HB yang rendah ketika hamil anak pertama. kalau pergi checkup asyik kantoi je hehe sudahnya bacaan pun nurse catat guna pen merah.. :) puaslah makan itu ini untuk naikkan balik bacaan HB. Masa tu saya belum kenal Shaklee.

Alhamdulillah masa saya pregnant anak kedua dah hampir 2 tahun saya mengamalkan Shaklee. dan... kali ini saya lebih berjaga-jaga supaya bacaan HB tidak kantoi lagi hehe.

Nak tahu apa yang kami pengguna Shaklee amalkan? Jom tengok video ni:
 
Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.


See? menakjubkan kan, cepat je HB dia naik balik.. :)


Dengan mengamalkan 2 biji Multivitamin Shaklee iaitu Vitalea setiap hari Alhamdulillah sepanjang 9bulan mengandung anak kedua bacaan HB saya pun tidak pernah rendah. Semuanya melebihi 11 huhu maka buku pun cantik je takde kaler pen merah hehe.


Kenapa Vitalea Shaklee? Shaklee BERBEZA sebab… 
  • Vitalea mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. 
  • Memberi 28 Jenis Vitamin yang penting dalam satu rumusan yg seimbang.
  • Tablet disaluti spirulina, sangat larut dalam air dan mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan maksimum di usus kecil
  • The best multivitamin dalam 'Public Interest' tahun 2000. 
  • Ujian klinikal menunjukkan pengambilan vitalea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%
  • Disokong oleh 7 kajian klinikal
  • Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru
  • Menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan potensi produk..
  • Menguatkan fungsi otak 
  • Membantu proses metabolisme dgn vitamin2 B yg lebih seimbang 
  • Pengambilan bersama Vitamin C bagi meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh
Ibu-ibu hamil yang biasa buat checkup di klinik perasan tak selalunya anda dibekalkan dengan pil2 hamil seperti iron tablet, b complex semua tu betul tak? Salah satu fungsi ubat tersebut adalah untuk keperluan zat besi.

Tapi sepanjang hamil saya tak pernah ambil ubat klinik. Saya hanya makan Vitalea daripada Shaklee. Kenapa? sebab vitalea Shaklee tiada pewarna tambahan dan semulajadi. Ubat klinik? Ia adalah sebaliknya... :)





Awas!! 
  • Elakkan minum kopi, teh atau minuman bergas selepas makan kerana minuman itu menyukarkan tubuh untuk menyerap zat besi 
  • Elakkan mengambil vitalea bersama-sama dengan kalsium kerana kalsium akan melemahkan penyerapan zat besi. 
  • Elakkan mengambil vitalea bersama segelas susu kerana susu adalah kalsium. 
  • Pesakit talasemia tidak boleh mengambil Vitalea kerana mengandungi iron. 
Cadangan Set yang boleh diambil untuk masalah HB low 
  1. Optimum Health - Set A mengandungi Vitalea, B-complex dan Vitamin C 
  2. Pregnancy Set - Gabungan Set A dan Ostematrix@calcium 
  3. Energizing Soy Protein – Untuk kritikal anemia di paras 6-7 g/dL 

Jika anda mengalami HB rendah ketika mengandung, dan ingin berikhtiar dengan Vitaea Shaklee,

Hubungi saya SEKARANG, dan rasakan sendiri keberkesanannya! :)

✎sms/whatsapp: 019 336 4122
✍ pm fb: www.facebook.com/messages/vitamins4healthylife
☎ cod: Rawang/ Sg Choh/ Serendah/ Batang Kali/ KL Sentral

atau anda boleh terus membuat pembelian >> KLIK UNTUK ORDER dan hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi PERCUMA!












** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Hubungi Saya : 

Pengedar Sah Shaklee Rawang Selangor
Mai

SMS/Whatsapp:0193364122






SHAKLEE PROMO FEBRUARI 2014 | VITA-LEA

Pejam celik pejam celik kejap je Januari dah melabuhkan tirainya. Alhamdulillah.. permulaan yang baik bagi saya setelah setahun lebih aktif bersama Shaklee.. Masih ada rezeki saya dengan Shaklee malah bercambah-cambah.. :) Kalau anda nak jadi macam saya boleh sms/whatsapp 019 3364122, saya akan guide anda macam mana untuk berjaya dengan Shaklee ok!

Ok back to citer asal. Apa promo Februari? Jeng jeng jeng! Multivitamin pertama daripada Shaklee.. Vita-lea!! ohsem! hehe.. 


Vitalea Shaklee merupakan multivitamin terbaik kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral yang amat diperlukan untuk tubuh badan kita. Vitalea Shaklee ini diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang. Ia juga vitamin larut air yang sangat mudah dan pantas diserap oleh tubuh badan kita.


Ujian klinikal menunjukkan bahawa individu yang mengambil Vitalea Shaklee ini selama setahun dapat mengurangkan risiko jatuh sakit sehingga 65%. Ia merupakan multivitamin terbaik kerana ia adalah formulasi yang disokong oleh 7 kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dengan kualiti yang luar biasa sekali.

Antara khasiat yang diperolehi sekiranya anda mengambil Vitalea Shaklee ini ialah :

  • Meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh, memberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental.
  • Menyokong jangka hayat hati, usus, jantung dan buah pinggang.
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi.
  • Menyediakan asas nutrisi dan membantu dalam stimulasi metabolisme.
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas.



Siapa yang perlu mengambil Vitalea Shaklee :

  • Semua orang dewasa kerana secara lazimnya orang dewasa cenderung mengambil makanan tidak seimbang contohnya makanan segera, makanan rapu dan cara mengendali dan memasak makanan berkhasiat juga turut diabaikan menyebabkan khasiatnya akan hilang.
  • Ibu mengandung yang cenderung untuk mengalami anemia & tekanan darah rendah sepanjang proses kehamilan. Dengan 2 biji pengambilan Vitalea setiap hari maka si ibu tidak perlu mengambil kerang atau organ dalaman lain. Set Ibu Hamil yang disarankan juga mengandungi Vitalea Shaklee sebagai produk utama.
  • Ibu menyusu terutamanya bayi yang menyusu melebihi umur 6 bulan. Kajian menunjukkan zat besi di dalam susu ibu berkurangan apabila bayi melebihi 6 bulan. Dengan pengambilan Vitalea Shaklee, InsyaAllah bayi mendapat kandungan zat besi yang mencukupi.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom dapatkan multivitamin untuk anda, suami/isteri anda, dan anak-anak anda! Sepanjang Februari ini dapatkan dengan harga promo. Februari ada 28hari saja, grab cepat!! :)

Harga sebotol: RM88.75
(PM untuk harga promo!)
SMS/Whatsapp: 019 336 4122
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...