Promo Shaklee November 2014 - Omega Guard

Promo Omega Guard kembali! hehe.. Bagi penggemar tegar Omega, berita baik untuk anda... Seperti biasa beli 6 anda akan dapat percuma 1 botol! Tambahan berita baik.. anda akan memperoleh 5% diskaun kalau nak beli dua botol sahaja yeay!



Apakah Omega 3? Jom kita refresh!

Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. 

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.

Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee
  • Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)
  • Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 
  • Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
  • Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
  • 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.
  • Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini
  • Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.
26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee
  1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
  2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
  3. Mencegah salur darah dari tersumbat
  4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
  5. Mengekalkan tekanan normal darah
  6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
  7. Mengurangkan sakit kepala
  8. Merendahkan kolestrol
  9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
  10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  11. Mengawal masalah obesiti
  12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
  13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
  14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
  15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
  16. Membantu menyihatkan paru-paru
  17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
  18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
  19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
  20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
  21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
  22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
  23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
  24. Mencegah penyakit gout
Selain itu, Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard Shaklee juga membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Siapa Perlukan Omega Guard?
  1. Warga Emas
  2. Pesakit Jantung
  3. Wanita
  4. Wanita yang telah melahirkan anak
  5. Pesakit darah tinggi
  6. Orang yang selalu lupa
  7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
  8. Pelajar
  9. Ibu menyusu
  10. Ibu Hamil
  11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus
So, tunggu apa lagi? 

Dengan Pembelian OMEGA GUARD Shaklee BUY 6 FREE 1 sepanjang bulan ini, anda layak:
❥ Dapat PERCUMA 1 botol Omega Guard - Bernilai RM136
❥ Pendaftaran KEAHLIAN SEUMUR HIDUP secara PERCUMA - Bernilai RM65
PULANGAN WANG berjumlah RM30++

atau dengan pembelian TWIN PACK Omega Guard anda layak 
❥ mendapat 5% Off!!!!

Rugi anda lepaskan peluang!! Jom dapatkan OMEGA GUARD sempena promo sepanjang November!

Harga: RM136/botol (90 capsule)
Beli 6 Percuma 1: RM816 (Percuma 1 botol worth RM136)
Beli 2 Botol : RM258.40 (save RM13.60)

BERMINAT?
Hubungi saya SEKARANG, jangan LEWAT atau anda akan MENYESAL!
✎sms/whatsapp: 019 336 4122
✍ pm fb: www.facebook.com/messages/vitamins4healthylife
☎ cod: Rawang/ Sg Choh/ Serendah/ Batang Kali/ KL Sentral/ Kepong/ Selayang


KENAPA BAYI TAK BOLEH MAKAN SEBELUM USIA 6 BULAN

Sudah menjadi kebiasaan, orang-orang yang lebih tua ataupun mak-mak kita menyarankan untuk memberi makanan tambahan seperti nestum kepada bayi walaupun usianya belum menjangkau usia 6 bulan. Lebih membimbangkan, kebanyakan di kalangan mereka yang ‘kekurangan ilmu’ ini mencampurkan bijirin ke dalam susu anak dengan alasan anak tidak kenyang dengan hanya meminum susu.


Tahukah anda bahawa tempoh kelahiran seorang bayi sehingga dua tahun adalah tempoh yang kritikal bagi menggalakkan pertumbuhan yang optimum, kesihatan dan perkembangan tingkah laku. Ia adalah puncak umur di mana kebantutan tumbesaran, kekurangan nutrien dan penyakit lazim seperti cirit-birit mudah berlaku.

Di Malaysia, amalan pemberian makanan kepada bayi adalah masih kurang memuaskan. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga menunjukkan bahawa pada 2006, walaupun amalan penyusuan susu ibu adalah tinggi, kadar penyusuan secara eksklusif di kalangan bayi berumur bawah enam bulan hanyalah 14.5% (IPH, 2008). Dari segi amalan pemberian makanan pelengkap, hanya 41.4% bayi sahaja mendapat makanan pelengkap tepat pada masanya (iaitu di antara umur enam hingga sepuluh bulan). Malah makanan pelengkap juga dimulakan seawal umur bayi dua bulan.

Untuk pertumbuhan dan tumbesaran yang optimum bagi bayi dan kanak-kanak kecil di Malaysia, semua bayi harus disusukan dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berusia enam bulan. Makanan pelengkap harus diperkenalkan pada usia enam bulan sementara penyusuan susu ibu diteruskan sehingga anak berusia dua tahun. Pemberian makanan kepada bayi dan kanak-kanak kecil seharusnya tepat pada masa, mencukupi, selamat dan sesuai untuk dimakan. Ia boleh dicapai dengan mengaplikasikan sembilan garis panduan berikut.

Makanan pejal tidak boleh diberikan sebelum umur 6 bulan kerana: 
  • Bayi belum dapat mengunyah dan menggigit dengan berkesan
  • Makanan yang paling seimbang dan lengkap adalah susu badan.
  • Meningkatkan risiko alahan makanan dan jangkitan kuman.
  • Usus belum matang dan terdapat risiko kecederaan / usus tersumbat (‘intestinal obstruction‘).
  • Buah pinggang belum cukup matang untuk mengendalikan beban berlebihan dengan makanan pejal.

Namun, selepas umur 6 bulan, bayi memerlukan makanan pejal, kerana susu badan sahaja tidak mencukupi untuk keperluan badan. Bayi yang tidak diberi makanan  pejal selepas 6 bulan akan mengalami kekurangan zat makanan, terutamanya zat besi. Ini pula akan menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan minda bayi.


Apabila bayi berumur 6 bulan, makanan pejal harus dimulakan dan ditingkatkan perlahan-lahan. Dalam beberapa minggu, makanan dengan rasa, tekstur, warna dan suhu yang berlainan boleh diperkenalkan. Apabila bayi mengambil lebih banyak makanan pejal, pengambilan susu akan berkurangan. Pada tahap ini, bayi perlu diberi sedikit ikan, ayam atau sumber protein lain, untuk menggantikan protein dalam susu. Pastikan tiada tulang dalam makanan bayi.

Pada umur 6 hingga 9 bulan, makanan yang lebih berketul (lumpy) boleh dimulakan. Apabila bayi boleh duduk, berikan makanan yang boleh dipegang sendiri, seperti biskut atau buah-buahan yang dipotong kecil seperti tembikai dan pisang. Seboleh-bolehnya, bayi perlu beransur-ansur diberi makanan yang biasa dimakan oleh keluarga, supaya bayi dapat membiasakan diri dengan tekstur dan rasa makanan keluarga.

Apabila bayi menghampiri umur satu tahun, bayi boleh makan bersama-sama dengan keluarga. Makanan seperti ayam, ikan, sayur dan nasi boleh diberikan. Makanan boleh dikisar atau dipotong kecil. Elakkan makanan kecil yang keras seperti kacang ‘pea’ yang mungkin boleh tersumbat dalam salur pernafasan bayi. Elakkan makanan yang terlalu pedas, serta garam dan gula berlebihan. Bayi boleh cuba makan sendiri dengan menggunakan sudu.

Bahaya beri bayi makanan pejal sebelum usia 6 bulan


Mungkin ada di antara anda yang telah memulakan pemakanan bayi sama ada nestum ataupun makanan pejal lain kepada bayi sebelum usia bayi menjangkau 6 bulan. Mungkin bayi anda antara bayi yang bernasib baik dan bersyukurlah tiada kesan buruk berlaku pada si kecil. Namun ketahuilah, ada di antara rakan-rakan ibu lain terpaksa mengalami episod duka dalam sejarah hidupnya apabila anak kesayangan terpaksa bertarung nyawa akibat perbuatan si ibu yang memulakan makanan pejal terutama nestum sebelum bayi berusia 6 bulan.




Adakah anda mahu jadi salah seorang daripada ibu-ibu di atas? Sayangilah si kecik. bertanyalah, galilah ilmu sebelum membuat keputusan. Ilmu mengenai penyusuan dan pemakanan bayi ada di mana.. klik saja semuanya di hujung jari anda. Garis panduan yang disarankan bukan mitos semata-mata. Ada sebab kenapa garis panduan sebegini (pemakanan harus dimulakan selepas usia 6 bulan) dibuat untuk kita semua para ibu. 

Jangan dengar kata orang-orang lebih tua atau sesiapa sahaja yang memandai-mandai meminta anda untuk diberikan anak makanan seawal 2 bulan. Jawablah secara berhemah kerana anda ibu yang berilmu. Ibu yang berilmu tak akan membahayakan nyawa anaknya.. Jaga dan coraklah sendiri anak tak kira daripada segi akhlak mahupun pemakanannya mengikut acuan kita.. 

Kalau anak anda sakit... adakah mereka yang 'memandai-mandai' itu yang akan membawa anak anda berjumpa doktor? Adakah mereka yang 'memandai-mandai' itu yang akan berjaga siang malam untuk menjaga anak anda yang sakit di wad? Adakah mereka yang 'memandai-mandai' itu yang akan membayar kos perubatan anak anda???

Jawapannya ada pada diri anda sendiri... kalau anda ibu yang prihatin... :)

sumber: MOHdoktorbudak




















Day 7 ~ Pengedar Shaklee & COD Shaklee Berhampiran Anda | Cabaran 7 Hari Entry

Saya, Maizatul Akma merupakan Pengedar Sah Shaklee anda di Rawang. Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee secara COD (cash on Delivery) saya boleh mendapatkan anda di sekitar Serendah, Sg Choh, Batang Kali, Bukit Sentosa, Bukit Beruntung, Kuala Kubu Baru, dan bandar Rawang. Selain itu, saya juga boleh membuat COD di sekitar KL Sentral.


Khidmat Penghantaran juga disediakan untuk ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak menggunakan Poslaju, Gdex & Citilink.

Bagi anda yang ingin mencari Pengedar Shaklee berdekatan dengan anda, anda bolehlah melihat senarai di bawah :

PENGEDAR SHAKLEE KUALA LUMPUR/ SELANGOR

Nama : Wan Natasha Adrina Bt Wan Mohamed
FB : Wan Natasha Adrina
Tel : 013- 6038326
No. ID : 1085377
COD AREA: KLANG (BUKIT RAJA), SHAH ALAM, PETALING JAYA

Nama : Norlela Bt Abu Bakar
FB : Eila Burn
Tel : 016-3121225
No. ID : 1093467
COD AREA: KL SENTRAL, KAJANG UTAMA, BANGI

Nama : Noraidah Bt Mislan
FB : Aida Asyura
Tel : 012-6035218
No. ID : 920732
COD AREA: Pantai Dalam

Nama : ROSMAWATI RUSALAN
FB : Kamal Watie
Tel : 017-2913249
No. ID : 1123603
COD AREA: Rawang, Serendah

Nama : Shuhadah Mustaffa
FB : Putri Bongsu
Tel : 016-6300946
No. ID : 125252
COD AREA: Wangsa Maju, Bukit Antarabangsa


**********************************************

PENGEDAR SHAKLEE PULAU PINANG


Nama : Farah Nadiah Bt Shaik Mahmad
FB : Fara Nadya
Tel : 017-4369495
No. ID : 920731
COD AREA: Pulau Pinang


**********************************************

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR

Nama : Patimah Bt Ahmad
FB : Patimah Ahmad
Tel : 010-7004599
Email: patimah_ayn@yahoo.com
No. ID : 1081611
COD AREA: Pulai, JB

Nama : Noorlaili Bt Senin
FB : Noor Laily Senin
Tel : 019-6601303
No. ID : 1092296
COD AREA: Johor Bahru

Nama : Siti Salwa Bt Isa
FB : Salwa Salfira
Tel : 011-19141439
No. ID : 1109084
COD AREA: Bandar Segamat, Taman Yayasan Segamat, Palong Timur Segamat


***************************************************************

PENGEDAR SHAKLEE PAHANG


Nama : Nur Intan Bt Rusni
FB : Nur Intan Hj Rusni
Tel : 014-7762585
No. ID : 1089457
COD AREA: Keratong, Muadzam Shah, juga di Sekitar Segamat, Johor.


**********************************************

PENGEDAR SHAKLEE PERAK

Nama : Intan Syafinaz Bt Ismail
FB : Intan Syafinaz Ismail
Tel : 016-4148571
No. ID : 1125286
COD AREA: Pulau Pangkor, Manjung, Lumut, Sitiawan, Ipoh, Teluk Intan.

Beminat untuk menjadi salah seorang daripada kami? Berminat untuk berbisnes bagi menambah pendapatan? Anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. Latihan dan bimbingan disediakan!



Day 6 ~ Restoran Kegemaran Saya

Sedang berusaha menghabiskan lagi 2 entry untuk #cabaran7harientry . Maaf sifu dek kesaratan perut dan masa membataskanku untuk menghabiskan dalam masa yang diberi. Alasan!!!

Restoran Kegemaran Saya?… Alamak. Tiba2 baru nak terpikir. Rasanya macam takde restoran kegemaran.. owh apala… -..- Mungkin sebab saya ni sentiasa bernafsu untuk makan jadinya mana-mana restoran pun saya suka janji ada makanan.. :P

Tapi takpela, oleh sebab saya perlu menyelesaikan entry ini makanya saya pilih salah satu tempat yang saya suka untuk kunjungi…

... CENDOL BAKAR

Err… ini mungkin lebih kepada warung/gerai, idoklah eklusip sampai nak dipanggil ‘restoran’ hehe. Anyway, rasanya ramai yang familiar dengan Cendol Bakar ni kan. Owh kalau tatao silalah diberitahu bahawa Cendol Bakar menyediakan pelbagai santapan di warungnya.. tapi yang paling meletop adalah ‘CENDOL’… Sebelum saya pergi lebih lanjut, Cendol Bakar bermaksud Cendol tu Encik Bakar punya kedai bukan Cendol tersebut dibakar.. takut anda tersalah paham.. :P



Kedai cendol bakar ni saya lihat konsepnya seperti buffet yang ada di majlis buka puasa di hotel atau mungkin di majlis perkahwinan… Ada kiosk2 makanan di dalamnya.. Anda nak makan? Sila ke kiosk makanan tersebut, bezanya yang di Cendol Bakar ni anda kena bayar lah.. :P Self Service. Tiada pelayan yang akan datang ke meja anda untuk mengambil pesanan. 


Antara menu yang disediakan termasuklah Cendol (pelbagai jenis cendol), Coconut Shake, Sata, Otak-otak, Bakso, Char Kuey Teaw, Keropok Lekor, Karipap gergasi, dan macam-macam lagilah. Dibuka daripada jam 10.00 am sehingga 7.00 petang.

Yang uniknya di cendol bakar ni, kalau anda taknak berhenti kete untuk parking dan makan di situ and boleh beli secara drive thru! Hehe. Haaa ingat mekdi je ade drive thru? Cendol Bakar pun ada tau heheh



Ini antara juadah yang kami makan baru-baru ini. Tak larat weh nak jamah semua makanan kat situ hehe. 

So, kalau anda berminat untuk merasai kenikmatan cendol ni bolehlah ke salah satu branch Cendol Bakar... Setahu saya cendol bakar mempunyai beberapa cawangan. Yang saya pergi ni di Kuala Selangor. Tak susah nak cari tepi jalan je.. :) Kalau anda melalui Highway Latar, sila exit di Kuala Selangor/Ijok, belok kiri ke Kuala Selangor, terus je anda akan jumpa Cendol Bakar disebelah kiri.




Dah kenyang menjamu perut di Cendol Bakar bolehlah bawa anak-anak ke Bukit Melawati pulak.. Tak jauh sangat dari situ.. Boleh lawat dan bagi makanmonyet heheh...









Day 5 ~ Homemade Recipe

Errr... sorry entry day 5 ku terpaksa delay sebab takde idea nak tepek resipi apa.. :P Weekend memang masak simple2 saja buat isi perut dek kerana sedang sarat tak larat berdiri lama-lama kat dapur hoho..

Makanya, harini saya tepek resipi dan gambar dari personal blog saya. Resipi yang pernah saya kongsi pada 2011 hahah... ampun mama!!!

Resipi paling senang di abad ini...

KEK BATIK!!!! 

Maka in short, moh le kita terus ke resipi dan tunjuk cara 'membaking' kek batik.. :P


Ok tuan2 puan2, bahan-bahannya adalah:

  • Biskut Marie cap ping pong (kalau nak beli cap golf ke, squash ke pun boleh..:P )
  • Serbuk Milo
  • Serbuk Koko
  • Susu Pekat
  • Buttercup

Dah complete bahan, kita mulakan dengan


1)mematah-matahkan biskut marie kepada 4 bahagian.. 



2)Panaskan kuali/periuk... masukkan buttercup.. biarkan cair sepenuhnya


3) Once buttercup dah cair masukkan sepaket milo dan sedikit coco. Kacaukan rata


4) Masukkan biskut marie yang telah dipatah2kan tadi. 


5) Gaul sebati


6) Masukkan dalam bekas/ loyang... tekan2 bagi dia rata dalam bekas tu... dan simpan dalam fridge! :)


7) Taraaa!! Siap untuk ditelan..!!


Selamat mencuba... :P walaupun haku tau resipi ni senang sangat hahahahaa

Promo Meal Shakes Buy 3 Free 1 Sepanjang Oktober!

Seperti bulan September yang lepas, Shaklee turut mengadakan promosi berganda sepanjang bulan ini. Promosi Buy 3 Free 1 untuk Mealshakes masih berlangsung sehingga penghujung Oktober! Wahhhh ini berita baik untuk semua golongan especially para ibu yang mementingkan kesihatan diri dan ahli keluarga.. :)

Meal Shakes merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Ia juga mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.


promo mealshakes buy 3 free 1 oktober

Siapa yang perlukan Meal Shakes?
  • Bayi (berumur setahun ke atas)
  • Kanak-kanak yang sedang membesar
  • Anak-anak obes (berat badan berlebihan)
  • Pelajar
  • Ibu mengandung/ menyusu
  • Pengamal sayuran (Vegetarian)
  • Orang sakit
  • Orang yang sibuk bekerja
  • Orang yang jadual makannya tidak teratur
  • Sesuai untuk semua peringkat umur!

MANFAAT UTAMA:

NUTRISI LENGKAP- mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan penyerapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. turut mengandungi lecithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

MEMBEKAL NUTRISI KEPADA SEL TUBUH- kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.

MEMBANTU TUMBESARAN- mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar

ANTIOKSIDA- mengandungi vitamin A, C, E, zinc, selenium yang merupakan agen antioksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

MENGEMBALIKAN SERI WAJAH- mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi, kalium yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan komplesi wajah dan kulit yang lebih cantik.

DETOKSIFIKASI- kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus

KELAZATAN RASA- minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.

Pendek kata, dengan 1001 kebaikan yang ada pada Meal Shakes, menjadikan ia hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:

• Sarapan segera yang berkhasiat
• Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
• Hidangan segera untuk para atlet
• Kudapan menarik pada bila-bila masa
• Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Sepanjang bulan Oktober ini , dapatkan Tawaran Istimewa untuk setiap pembelian produk Meal Shakes Shaklee seperti berikut :

Jika anda beli 3 canister dalam 1 pembelian , anda akan dapat :

1) PERCUMA 1 canister Meal Shakes
2) Jimat RM113.75! 


Atau beli 1 atau 2 canister pada harga istimewa, 20% lebih murah! (t&c apply)

Maklumat lanjut, hubungi saya pengedar Sah Shaklee anda!



Day 4 ~ Vitamin Shaklee yang Pertama Kali Saya Makan

Alamak! Hampir termiss cabaran hari ke 4 hehe. Busy kat opis. Asyik masuk notification kat FB kawan2 SID duk submit entry cabaran day 3.. xleh jadi kena submit juga hehe

Vitamin Shaklee apa yang saya pertama kali makan? Haaa.. saya mula mengenali Shaklee adalah pada 2012. Mula mengamalkan Shaklee waktu berpantang anak pertama. 



ESP, Alfalfa, Lecithin & Ostematrix merupakan vitamin Shaklee pertama yang saya consume. Saya ni selalu culas bab makan2 vitamin ke ubat ke.. So suplemen2 yang basic memang saya tolak tepi. So, ambil yang penting2 je untuk penyusuan dan kurus.. :P

Alhamdulillah, sepanjang berpantang memang tak pernah culas ambil semua ni. Kesannya? Saya segar sepanjang hari hehe. Patutnya malam saya tido bila baby tido kan? Tapi saya online laptop sampai 2 3 pagi sebab saya tak rasa mengantuk dan segar sangat. Even pagi saya bangun awal dan takde rasa lemau langsung heheh...

Oh anyway, berat badan saya masa ni pun turun balik hehe..

Tak sabar nak tunggu bersalin anak ke dua ni. Sebab nak telan semua2 kat atas tu.. nak ramping semula.. :P (eleh macam la dulu ko ramping sangat... -..- )



Day 3 ~ Apa yang ada dalam Handbag Saya?

Err... task day 3 ni mencabar sungguh la haha. Sebelum upload gambar cepat2 buat operasi 5S pada handbag haha.


Handbag buruk2 je ku bawak pi opis sebab ku ni jenis lasak kalau bawa handbag mahal2 nanti alamat jahanam la beg haha.

Ok jom kita cekidaut apa ada dalam bag hehe

Apa ada dalam handbag saya?

1) Purse + Wristlet : Purse tu segala mak nenek ada dalam tu macam IC, Kad2 bank, Kad Kredit, IC anak, Medical kad, Kad Aeon, Kad Shaklee, Duit, resit2 haha.. Wristlet saya gunakan untuk pergi lunch ke, window2 soping ke.. so letak duit 2 3 helai je beserta syiling.. :P

2) Kaca Mata : Hehe bukan kaca mata hitam. Sedia maklum bahawa saya ni rabun jauh orang nya.. tapi gatai taknak pakai spek hehe. So memang standby spek dalam handbag untuk saya guna bila waktu emergency seperti nak memandu! hehe

3) Handphone: Hehe handphone cikai Samsung Note 2 saya tak dapat interprem dalam ni sebab dia duk belakang tabir je.. kalau idok tak dapatla amik gambar2 atas tu hehehehe...

3) Powerbank : Orang meniaga ni handphone memang selalu bunyik2. Tak kira pagi petang malam. Phone pun internet 24 jam.. makanya bateri memang cepat kong. Jadi, powerbank memang sangat2 diperlukan bila saya on the go takde tempat boleh cas bateri hehe.

4) Buku Rekod Kehamilan: Hehe buku merah khas untuk ibu mengandung seperti saya hehe. Naik lunyai dah buku tu ku angkut ke sana sini heheh. InsyaAllah kurang sebulan je lagi buku tu tersimpan dalam handbag... :P

5) Buku Catatan: penting untuk saya tuliskan order ke, maklumat duit keluar masuk ke, apa2 je lah. Walaupun ada smartphone kadang2 saya lagi selesa tulis dalam buku hehe

6) Sales order list: Kertas kaler putih tu adalah senarai pelanggan2 yang telah membeli dengan saya. Segala maklumat pelanggan, untung... berapa masuk.. berapa keluar saya catitkan di situ.. senang ada rekod.. :)

7) Broadband Wifi: Yang ni jarang guna melainkan saya online menggunakan laptop. tapi memang ada simpan je slalu dalam bag kot lah kecemasa. Sebab saya memang dah pakai mobile internet so tak perlu dah pakai broadband ni hehe..

Heee, dah tu je. Lain2 tado. Mekap2? Heee saya bukan jenis suka mekap2 on the go. Dah pakai bedak sekali kat rumah dah cukup.. :P

Oh ye... ada satu benda lagi saya tertinggal....


Penutup botol susu anak. hahahah... pekejadahnya la dia buat dalam beg ni.. :P Kalau dah jadi mak mak ni memang macam ni. Sekurang2 nya ada satu barang anak yang tertinggal dalam tu... :P

Oh tiba2 rindu anak........ 

Haaa... dalam handbag korang ada apa plak??? ce bongkar sket hehe...

Day 2 ~ Percutian Idaman Saya

Saya pasti semua orang ada rasa teringin... oh ini bukan teringin nak makan sesuatu hehe sebaliknya teringin nak ke suatu tempat yang tak pernah pergi.. dan mengidam nak sangat pergi suatu dari nanti. dah macam mengidam orang mengandung pulak.. :P

Mungkin kerana menganggap saya bukannya orang 'ada ada' jadinya sebelum ini saya jarang impikan destinasi-destinasi impian saya, lagi-lagi kalau destinasi impian itu di luar kemampuan saya. Ibaratnya, kalau Port Dickson, Langkawi saya masih mampu lagi haaa giteww. hehe. Tapi sekarang tidak lagi. Dengan Shaklee, saya diajar untuk supaya selalu berangan, selalu impikan apa yang saya inginkan. Ya, angan-angan itu dunia saya sendiri.. suka hati kita nak corakkan bagaimana. Ia jadi kenyataan atau tidak, terserah pada diri kita sendiri.

Jadi, nah antara tempat percutian impian saya:

1) Kota Mekah



Haih, bilalah dapat jejak kaki di sini kan? hehe. InsyaAllah one fine day.. Kalau bukan pergi menunaikan Haji at least dapat pergi Umrah dulu pun okay.. Teringin nak rasa kedamaian berada di tanah Arab ni... Nak lihat Kaabah yang menjadi Kiblat utama umat Islam selama ini... Nak melawat tempat2 bersejarah seperti Jabal Thur di mana ia adalah sebuah bukit dipuncaknya terdapat sebuah gua yang merupakan tempat persembunyian Rasulullah SAW dan sahabatnya Abu Bakar Al Siddiq dalam perjalanan ketika berhijrah dari Mekah ke Madinah. Jabal Rahmah yang terletak di Arafah. Tempat bertemunya Adam AS dengan isterinya Hawa, setelah sekian lama mereka berpisah, dan di sini jugalah tempat umat Islam melakukan wukuf. Jabal Nur di mana tempat pertama kali Rasulullah SAW menerima wahyu dan macam2 tempat lagi.. :)

2) Jepun

Saya teringin nak ke Jepun sebab Jepun merupakan negara yang tenang untuk melancong. macam tau2 je tenang padahal tak pernah pegi..-..- Terpengaruh sebab melihat pada drama-drama Jepun dan gambar pemandangan kat sana haha.

Arashiyama Bamboo Forest
Romantic Train
Istana Osaka
Bunga Sakura

Gunung Fuji

Haaaa... tak ke damai dan tenang je walaupun baru tengok gambar je? haha.

Okay sila masukkan dalam Vision Board sekarang. Nak pergi nak pergi nak pergi! :P

Buat masa ni 2 tempat ni je lah paling teringin, InsyaAllah lebih lama dan lebih berjaya saya di dalam Shaklee kelak, lebih banyak lagi tempat percutian yang saya akan masuk dalam list... :P

Till then!

Day 1 ~ 3 fakta Menarik Tentang Saya


Leader saya, Mama Dilla bagi task khas untuk group kami yang hebat untuk melakukan #Cabaran7HariEntry. Oleh kerana rasa tercabar makanya saya pun lakukan tugasan ini.
So, entry ini adalah tugasan pertama untuk hari pertama.. :)

Apakah 3 Fakta Menarik tentang diri saya?

1) Seorang Isteri dan Mommy yang bekerjaya dan berbisnes dalam pada masa yang sama

Haaa amikk list yang pertama tajuk je dah berjeler haha. Ye.. saya adalah seorang isteri yang masih bekerja sebagai Executive Marketing di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.

Dari belajar saya study bisnes &  marketing.. makanya bila bekerja pun di bidang yang sama walaupun pada awalnya saya tiada passion dalam bidang ini so study dulu pun paksa rela hehe.

Mungkin sebab saya ibarat tak boleh lari daripada basic asal saya dengan bidang ini makanya saya bekerja pun dalan bidang yang sama.. dan secara tidak langsung menceburkan diri saya dalam bisnes.
Saya mula berbisnes sejak 3tahun lepas dengan menjual barangan2 ibu, kanak2 dan baby secara atas talian. Bagaimana saya lakukan sedangkan saya masih punya kerja hakiki? Saya hanya direct dari supplier terus kepada customer, saya tak simpan barang dan pos barang. hehe. Alhamdulillah smpai skrg saya masih aktif melakukan perniagaan ini. InsyaAllah satu hr nanti saya impikan legasi perniagaan saya sendiri, mampu memborong brg perniagaan dan org lain pula berpeluang menjual barangan2 saya.. hehe

Minat saya pd bisnes masih belum berpenghujung. 2012 saya mula mengenali Shaklee. Saya beruntung dipertemukan dengan kumpulan di bawah leader yg hebat. Kini dah hampir 2tahun saya bersama Shaklee. InsyaAllah saya akan meneruskan perjuangan ni sampaj saya berjaya menuju puncak seperti leader2 hebat yang lain.

Menjadi isteri dan mommy yang bekerja dan berbisnes dalam pada masa sama bukan sesuatu yg mudah.. lagi2 saya sedang sarat pregnant anak kedua skrg. Namun, semua ni bukan alasan.. Asalkan bersungguh, ada kemahuan.. yang sukar pun boleh jd mudah.. :)

2) Mempunyai princess yang comel dan lincah

Haha tah pape kan. asalkan bagi saya menarik ku sapu je la kehkeh. nasib baik mama suh buat 3 fakta je kalau 10 fakta alamat setahun pun xhabis karang.. :p

Dhia Batrisyia bt Beney Airie... Dialah sumber yang membuat saya terjerumus dengan Shaklee. Sebab saya google dan kenal Shaklee sebab dia hehe. Masa saya lahirkan Dhia lah saya mula menggunakan produk Shaklee dan terus jatuh cinta.. :) Dhia tak pernah alah dgn any products of Shaklee sejak pertama kali saya amalkan spjg menyusukannya.. ;)

Dia kini berusia setahun 10 bulan.. sihat, comel dan lincah sangat... Dhia will be a 'kakak' soon... ^_^

3) Seorang pekerja yang komited walaupun dah sarat mengandung

Haha yg ni part puji diri sendiri.. :p eh tapi byol ape saya memang pekerja yg komited lagi berdedikasi.. daripada pregnant anak pertama dlu dah hujung2 kehamilan pun saya masih aktif bekerja.. Bagi saya selagi tiada keperluan utk saya bercuti idoklah saya ambil cuti.
Haa la ni tulang pelvis dah sakit menggila. Tapi masih gagah ke tempat kerja. Rasa serba salah plak nak ambil cuti awal. Nak MC pun saya rasa serba salah.. ngee~

Doa2lah pregnant kali ni saya turun tanda (sebab 1st preg dulu overdue kena induce huhu).. and hrpnya dapat bersalin awal sket at least seminggu atau dua minggu awal kan...

Keje keje keje pun lotih jugak... :p

Ukhwah Fillah Shaklee

Wah… Pejam celik pejam celik dah hampir dua tahun saya sertai Shaklee. Eh baru 2 tahun? :P

Macam mana saya boleh terjebak dengan Shaklee?

Seyesly dulu sebelum kawen sebelum ada anak saya tak pernah dengar Shaklee ni pekebenda. Padahal bila dah tahu rupanya Shaklee ni wujud dari dulu lagi. Mungkin dari zaman nenek moyang saya lagi (indirectly perasan diri masih muda :P).
Saya mula kenal Shaklee adalah ketika saya mengandungkan anak pertama, Dhia Batrisyia. Tapi masa tu saya hanya google around produk apa yang sesuai untuk saya amalkan ketika berpantang nanti. Shaklee adalah satu di antara yang saya jumpa. Tapi hanya selepas bersalin baru saya decide untuk mengamalkan Shaklee. Sepanjang pregnant? Hanya makan ubat klinik atau suplemen dari Farmasi huhu. Itupun culas sokmo heheh.

Nah, bila dah guna Shaklee terus jatuh cinta. Masakan tidak sepanjang berpantang saya rasa cukup segar. Masa tu saya cuma ambil Lecithin, Alfalfa, Ostematrix dan ESP sahaja. (Konon-konon matlamat utama untuk kembali langsing sahaja hehe). Saya makan konsisten without fail. Itulah pertama kali dalam hidup saya tidak culas dalam pengambilan suplemen. Makanya bila saya konsisten.. hasilnya pun amat membanggakan… Badan sihat, cergas dan berat badan kembali pada asal… :)
 
shaklee hebat
credit
Jenis saya, tak fikir panjang… Kalau ada ruang dan peluang untuk saya jana wang saya akan join. Cuma kekal lama atau tidak sahaja. Sebagai contoh, sebelum kawen saya jatuh cinta pada Shampoo Amway lantas terus join keahlian (niat awal konon nak meniaga). Tapi lepas tu saya tak guna dah pun Amway tu hehe. Tapi keahlian masih lagi ON sehingga sekarang. Sebabnya? Siapa2 yang perlukan Amway saya boleh belikan hehe. As I said, di mana2 ada ruang & peluang untuk saya jana wang, saya akan GRAB. Tapi itu hanya selingan dan saya tak pernah terfikir untuk aktif bersama Amway sebab saya sendiri tak pernah gunakan produk2 lain selain shampoo hehe.

Same goes to Shaklee, masa gunakan Shaklee saya banyak google around pasal kebaikan, keahlian, etc. Dan akhirnya tanpa fikir panjang saya cari ahli Shaklee dan register keahlian dengannya. Dengan niat, who’s know with Shaklee saya boleh punya banyak WANG! Hahaha *mata duitan sungguh

And here I go… dah hampir 2 tahun pun bersama Shaklee. Masih pengguna setia Shaklee, masih aktif sebagai distributor Shaklee dah banyak jugak wang Shaklee yang saya makan hasil dari bonus jualan setiap bulan hehehe. Alhamdulillah…
cara daftar ahli shaklee

One thing saya nak share, dalam Shaklee, yang paling saya suka adalah ukhwah yang terbina. Once kita terjebak dengan Shaklee dan mula buat bisnes kita akan dapat ramai kawan. Dengan Shaklee saya kenal ramai orang dari serata Malaysia. Mereka termasuklah Upline, Downline, Sideline, even Customers, di mana kebanyakannya saya tak pernah bersua muka pun. Tapi ukhwah yang terjalin seperti sudah berjumpa dan sudah lama kenal… :) Sebabnya? Kami sangat akrab.. :) Tak perlu buat benda lain, dengan Shaklee saja saya punya ramai kenalan… :)

Walaupun kejayaan saya dalam Shaklee masih belum ditahap yang boleh dibanggakan (masih di level Supervisor), tapi InsyaAllah bersama sahabat-sahabat yang saya ada dalam Shaklee saya akan kekal bersama Shaklee. Sahabat-sahabat yang banyak menyunting semangat saya untuk terus bersama Shaklee terutamanya upline saya, Mama Dilla, Suami, dan sideline-sideline dalam keluarga OB (keluarga hebat kami di Shaklee). InsyaAllah, one fine day saya akan menuju puncak seperti mereka yang sudah berada di sana... InsyaAllah... Man Jadda Wa Jadda... :)

Kalau anda masih tercari full time/ part time income tak perlu pikir panjang macam saya.. :P Dengan yuran keahlian serendah RM65 (add RM10 untuk penghantaran manual kit), anda mampu mengubah hidup anda, kewangan anda, malah anda mampu mengubah gaya hidup anda ke arah yang lebih sihat dan semulajadi. yang penting, anda bersungguh-sungguh dan rajin berusaha.. Wang tidak akan jatuh bergolek tanpa usaha ye dak.. :)

Kalau anda berminat bersama keluarga kami di Shaklee, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. Bersama keluarga hebat kami anda akan dibimbing untuk mendalami ilmu pemasaran secara online dan offline. Malah, anda akan dibimbing untuk berbisnes kerana Allah... Rezeki yang datang bukan datang dari produk dan hasil pemasaran semata-mata, tapi segalanya datang dari Allah... :)

InsyaAllah, jika anda mendaftar dengan saya... saya akan pimpin tangan anda.. :)











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...